Wednesday, November 3, 2010

KEPENTINGAN SANAD HADITH

Oleh: MOHAMAD ADNIN BIN YAHYA



PENDAHULUAN

 بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد، قال الله تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (yang sebenar), yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.
Surah al-Hujurat: 6

KELEBIHAN MEMPELAJARI HADITH
Mempelajari ilmu hadith merupakan antara ibadat yang paling bernilai. Ini kerana seluruh ilmu dalam Islam mesti didasarkan kepada al-Quran dan al-Hadith. Dan hadith pula merupakan penentu, kerana ia merupakan penerangan dan praktikal terhadap al-Qur’an. Kerana inilah Sufyan al-Tsauri berkata:
لا أعلم شيئا من الأعمال أفضل من طلب الحديث لمن حسنت فيه نيته
Ertinya: “Aku tidak mengetahui suatupun daripada amalan yang lebih afdhal daripada mempelajari hadith, bagi yang baik niatnya dalam mempelajarinya”.


ASAS HADITH
Asas sesuatu hadith terdiri daripada dua, iaitu sanad dan matan. Matan hadith ialah cerita yang dibawa dalam hadis tersebut, manakala sanadnya pula ialah para perawi yang membawa cerita tersebut. Sebagai contoh, hadith riwayat Imam Bukhari:
حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير، قال: حدثنا سفيان، قال: حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري، قال: أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي، أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول: سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه". رواه البخاري.

TAKRIF SANAD ATAU ISNAD

Sanad atau Isnad dari Sudut Bahasa

Dalam Lisan al-'Arab ada menyebutkan:
إن الإسناد في اللغة مصدر للفعل اسند من قولهم : أسندت هذا الحديث إلى فلان، اسنده إسنادا إذا رفعته فاسند الحديث بمعنى رفعه لذا يعني الإسناد في الحديث عند أهل اللغة أن يسند الحديث أو يرفعه إلى قائله
Maksudnya: "Isnad dari sudut bahasa adalah kata terbitan bagi perbuatan asnada (iaitu menyandarkan) seperti dalam kata mereka: Saya sandarkan perkataan ini kepada si fulan. Iaitu, menyandarkan sandaran, bilamana ianya diangkatkan kepada yang berkata. Maka menyandarkan perkataan bererti mengangkatkan perkataan (mengembalikan perkataan kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut).

Oleh kerana itulah yang dimaksudkan isnad pada sesuatu perkataan di sisi ahli bahasa ialah seseorang menyandarkan sesuatu perkataan atau mengangkatnya (mengembalikannya) kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut."

Sanad atau Isnad dari Sudut Istilah

Ibn Hajar al-Asqalani mentakrifkan Isnad dengan berkata:
عرفه الحافظ ابن حجر العسقلاني فقال : (( الإسناد : حكاية طريق المتن)) ( نزهة النظر : 19)
"al-Isnad: penceritaan tentang kedudukan jalan matan" (nuzhatu al-Nazhor: 19)
           
Makna penceritaan tentang jalan matan adalah, mengkaji kedudukan sanad bagi sesuatu matan hadith.
وقيل : الإسناد (( هو الإخبار عن طريق المتن ))( حاشية لقط الدرر : 24)
Dikatakan: Isnad ialah khabar tentang jalan sesuatu matan (Hasyiyah Laqt al-Durar: 24)
ومعنى الإخبار عن طريق المتن ، حكاية رجال الحديث (شرح المنظومة البيقونية : 14).
            Adapun makna perkhabaran tentang jalan matan ialah, mengkaji kedudukan perawi-perwai hadith. (Syarh al-Manzhumah al-Baiquniyyah: 14)
Mulla al-Qari berkata lagi:
وقيل : الإسناد (( هو الطريق الموصل إلى المتن ))( شرح شرخ النخبة : 1/17).
            Dikatakan bahawa: Isnad adalah jalan yang bersambung sehingga ke matan (Syarh Syarh al-Nukhbah 1/17)

KEPENTINGAN SANAD

ففي مقدمة الإمام مسلم عن مجاهد قال جاء بشير العدوي إلى ابن عباس فجعل يحدث ويقول : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ، قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ، فجعل ابن عباس لا يأذن لحديثه - أي لا يستمع - ولا ينظر إليه ، فقال : " يا ابن عباس مالي لا أراك تسمع لحديثي، أُحدثك عن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ولا تسمع ، فقال ابن عباس : " إنا كنا مرة إذا سمعنا رجلاً يقول : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ابتدرته أبصارنا ، وأصغينا إليه بآذاننا ، فلما ركب الناس الصعب والذلول لم نأخذ من الناس إلا ما نعرف " .
Dalam Muqaddimah Sahih Muslim, dari Mujahid bahawa beliau berkata: telah datang Basyir al-'Adawi kepada Ibn Abbas r.a. lalu dia sering mengucapkan: telah berkata Rasulullah s.a.w., telah berkata Rasulullah s.a.w.". Lalu Ibn Abbas r.a. tidak mengizinkan untuk meriwayatkan hadith yang diriwayatkan olehnya dan tidak pula melihat kepadanya (tidak mengendahkannya). Maka, dia berkata: "Wahai Ibn Abbas. Kenapa engkau tidak mahu mendengar perkataanku (hadith yang ku riwayatkan). Aku menyebut hadith daripada Rasulullah s.a.w. namun kamu tidak mahu mendengarnya?" Ibn Abbas r.a. menjawab: "Sesungguhnya dahulu jika kami mendengar seseorang berkata: "telah bersabda Rasulullah s.a.w…" kami akan menumpukan perhatian kami kepadanya dan mendengar ucapannya.  Namun, setelah manusia ditimpa malapetaka dan kesusahan (timbulnya banyak fitnah dan pendustaan dari kalangan manusia), maka kami tidak akan meriwayatkan hadith melainkan daripada orang yang kami kenal sahaja".

            Ini menunjukkan akan kepentingan sanad dalam hadith itu sendiri, bagi mengelakkan berlakunya pendustaan dalam periwayatan tersebut. Kepentingan sanad sangat berkait rapat dengan hadith-hadith Nabi s.a.w., namun dalam tradisi ilmu Islam, kitab-kitab warisan ilmiah Islam (turath) turut diriwayatkan secara bersanad bagi memastikan ketulenan isi kandungan kitab-kitab tersebut tanpa sebarang penambahan daripada pihak ketiga.

            Tradisi Ilmu Islam sangat mementingkan sanad selain daripada kefahaman terhadap isi kandungan kitab kerana ilmu Islam bukan sahaja diwarisi secara dirayah (kefahaman) tetapi juga diwarisi secara riwayah iaitu secara bersanad bagi memastikan kitab-kitab yang diriwayatkan tersebut jelas nisbahnya kepada penulis asalnya.

            Golongan tabi'en mula mengambil berat masalah periwayatan hadith khususnya secara bersanad kerana ingin menilai kedudukan perawi-perawi hadith yang meriwayatkan hadith-hadith tersebut, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya pendustaan dalam hadith Nabi s.a.w..

PERKATAAN PARA ULAMA  TENTANG KEPENTINGAN SANAD

Perkataan al-Zuhri (w. 124 H):
روى الأمام احمد بسنده عن عتبة بن أبي حكيم قال : سمع الزهري إسحاق بن عبد الله يقول : قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم ) : فقال الزهري : ( قاتلك الله يا بن أبي فروة ، ما أجرأك على الله إلا تسند حديثك ؟ تحدثنا بأحاديث ليس لها خطم ولا أزمة ) (معرفة علوم الحديث للحاكم : ص6).
Imam Ahmad meriwayatkan dalam musnadnya, daripada 'Utbah bin Abi Hakim yang berkata bahawasanya al-Zuhri mendengar Ishaq bin Abdillah bin Abi Furah berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w.." Maka al-Zuhri berkata: "Binasalah kamu wahai Ibn Abi Furah. Tergamakkah kamu melampaui ke atas Allah, melainkan hendaklah kamu menyandarkan hadith kamu tersebut (dengan sanadnya). Kamu meriwayatkan hadith tanpa sebarang rujukan dan sumbernya. (Makrifah Ulum al-Hadith: 6)

Perkataan Abdullah bin 'Aun :
روى ابن أبي حاتم الرازي بسنده عن عبد الله بن عون ، انه كان يقول ( لا يؤخذ هذا العلم إلا عمن شهد له بالطلب )( الجرح والتعديل : 1/قسم 1 ، ص28).
Ibn Abi Hatim al-Razi meriwayatkan dengan sanadnya kepada Abdullah bin 'Aun bahawasanya beliau berkata: "Tidak boleh diambil ilmu ini (ilmu hadith dan ilmu agama) melainkan daripada orang yang telah diakui pernah menuntut sebelum itu (pernah meriwayatkan ilmu dari gurunya secara bersanad juga). (al-Jarh wa al-Ta'dil 1/ 28)

Perkataan al-Auza'ie (w. 157 H)
روى ابن عبد البر عن إلاوزاعي انه قال ( ما ذهاب العلم إلا ذهاب الإسناد )( التهميد: 1/ 314)
            Ibn Abd al-Bar meriwayatkan daripada Imam al-Auza'ie bahawasanya beliau berkata: "Tidaklah hilang ilmu (agama) melainkan dengan hilangnya sanad-sanad (ilmu agama tersebut). (al-Tamhid 1/314)

Perkataan Syu'bah bin al-Hajjaj (w. 160 H):
روى ابن أبي حاتم الرازي بسنده عن شعبة يقول : ( كنت انظر إلى فم قتادة، فإذا قال بالحديث : حدثنا ، عنيت به فوقفته عليه ، وإذا لم يقل حدثنا لم اعن به)( الجرح والتعديل : 1/قسم 1 ،ص32)
Ibn Abi Hatim al-Razi meriwayatkan dengan sanadnya kepada Syu'bah bahawasanya beliau berkata: "Aku melihat kepada mulut Qotadah. Jika dia membacakan hadith dengan menyebut: Haddathana (maksudnya, membaca hadith dengan menyebut sanadnya), maka aku akan menumpukan perhatian kepada apa yang sedang diriwayatkan. Namun, jika dia tidak menyebut haddathana (tidak menyebut sanad hadith), maka aku tidak akan menumpukan kepada apa yang sedang disebutnya. (al-Jarh wa al-Ta'dil 1/32)

Perkataan Abu 'Ali al-Jiyyani
Beliau berkata: Allah s.w.t. mengkhususkan kepada umat ini (umat Islam) akan tiga perkara yang dia tidak pernah berikan kepada umat terdahulu iaitu: isnad (sanad ilmu dan hadith), penjagaan nasab dan kaedah tatabahasa Arab yang agung.






Perkataan Ibn Mubarak ( w. 181H) :
Abdullah bin al-Mubarak berkata:
قال عبد الله بن المبارك : " الإسناد عندي من الدين ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء ، فإذا قيل له من حدثك ؟ بقي "
"Isnad (sanad) menurutku adalah agama. Kalaulah tanpa sanad, sesiapa sahaja akan bercakap apa sahaja (dalam urusan agama). Jika ditanya kepadanya "siapa yang menyampaikan kepadamu (meriwayatkan kepadamu hadith-hadith dan ilmu agama), nescaya dia akan kebingungan (tidak mengerti kerana tidak pernah mempuyai sanad).

Beliau berkata lagi:
وقال أيضاً : " بيننا وبين القوم القوائم " يعني الإسناد
Antara kami dengan kaum (para ulama yang meriwayatkan ilmu dan hadith) adalah ikatan, iaitulah sanad.

Perkataan Ibn Sirin (w. 728H) :
Dalam Muqaddimah Sahih Muslim (1/15), Imam Muslim meriwayatkan dari Muhammad bin Sirin, “Isnad itu sebahagian dari agama, jika tidak kerana isnad, maka sesiapa akan berkata apa saja yang dikehendaki (dalam urusan agama tanpa ilmu mendalam tentangnya)”
Beliau berkata lagi:
" إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم ".
Ilmu itu adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu (ilmu agama tersebut).

Perkataan Sufiyan al-Tsauri:
وقال الثوري : " الإسناد سلاح المؤمن ، إذا لم يكن معه سلاح فبأي شيء يقاتل ".
Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan al-Tsauri dalam Muqaddimah al-Majruhin 1/27: “Isnad adalah senjata bagi orang beriman, jika tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan diri?”

KEPENTINGAN MENGKAJI SANAD DAN KAITANNYA DENGAN KESAHIHAN HADITH
Kepentingan mengkaji sanad sangat jelas dalam menentukan kesahihan hadith.
الحديث الصحيح: هو ما اتصل سنده بنقل العدل الضابط عن مثله إلى منتهاه من غير شذوذ ولا علة
Hadith sahih ialah hadith yang mencukupi lima syarat iaitu:
1-      Sanadnya bersambung.
2-      Para perawinya bersifat adil.
3-      Para perawinya dhabit (pengingat).
4-      Tiada syaz.
5-      Tiada illah.
Berdasarkan kepada t’arif hadith sahih, jelaslah kepentingan mengkaji sanad, kerana kelima-lima syarat hadith sahih itu ada pada sanad. Cuma dua syarat sahaja yang berkaitan matan, iaitu tiada syaz dan tiada illah. Namun, perlu diingatkan bahawa tujuan kajian sanad adalah untuk matan, iaitu untuk mengkaji kesahihan matan hadith, samada ia boleh diamalkan atau tidak.
Permulaan Menilai Kesahihan Sanad
Pada zaman Nabi s.a.w., para sahabat tidaklah begitu membincangkan mengenai sanad, kerana mereka mendengar sendiri hadith daripada Nabi s.a.w. Dan kalau mereka tidak mendengar sendiri sekalipun, belum wujud lagi pemalsuan hadith, kerana para sahabat tidak pernah berdusta. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. , kita melihat betapa Khalifah yang empat dan lain-lain sahabat menekankan tentang kesahihan sanad. Namun, setelah berlaku pembunuhan Saidina Utsman, bermulalah penekanan yang begitu kuat tentang kepentingan menilai kesahihan sanad.
Tambahan lagi, penulisan hadith belum sempurna lagi pada masa tersebut.
عن ابن سيرين أنه قال: لم يكونوا يسألون عن الإسناد فلما وقعت الفتنة قيل سموا لنا رجالكم فينظر إلى أهل السنة فيؤخذ حديثهم وينظر إلى أهل البدع فلا يؤخذ حديثهم
ILMU AL-JARH WA AL-TA’DIL DAN KAITANNYA DENGAN SANAD HADITH

Hadith merupakan cerita berkaitan dengan Nabi. Sesuatu cerita atau berita yang kita dengar hari ini, tidak diketahui kesahihannya melainkan dengan mengenali si pembawa cerita tersebut. Mungkin kita menolak sesuatu cerita atau berita yang kita dengar, dengan alasan si pencerita itu adalah orang yang masyhur dengan berdusta dan membuat fitnah. Samalah halnya dengan hadith, bila kita ingin mengkaji tentang kesahihannya, maka kita terpaksa mengkaji sanad. Dan untuk mengkaji sanad, maka kita terpaksa mengenali samada perawi itu orang yang baik atau tidak, pengingat atau tidak. Maka dengan sebab itulah lahirnya ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil.
علم الجرح والتعديل: هو العلم الذي يبحث في أحوال الرواة من حيث قبول روايتهم أو ردها
Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil ialah ilmu yang membincangkan keadaan para perawi, samada boleh
diterima riwayat mereka (hadith mereka) atau tidak boleh diterima.

Maksud “al-Jarh” dan “al-Ta’dil” :
الجرح: هو ظهور وصف في الراوي يثلم عدالته أو يخل بحفظه وضبطه. والتجريح: وصف الراوي بصفات تقتضي تضعيف روايته أو عدم قبولها. وفي الجرح، قال الرسول صلى الله عليه وسلم: "بئس أخو العشيرة". رواه البخاري. وقوله: "ما أظن فلانا وفلانا يعرفان من ديننا شيئا". رواه البخاري.
al-Jarh ertinya luka. Namun dalam ilmu hadith, al-Jarh ialah zahirnya sesuatu sifat pada perawi yang menjejaskan kebaikan perangainya atau yang mencacatkan hafalan dan penjagaannya terhadap hadith. Tajrih pula ialah menyebut atau menceritakan sifat-sifat seorang perawi hadith, (sifat) yang membawa kepada lemahnya riwayatnya (hadithnya) atau tidak boleh diterima.
والعدل: هو من لم يظهر في أمر دينه ومروءته ما يخل بهما. والتعديل وصف الراوي بصفات تزكيه فتظهر عدالته ويقبل خبره. وفي التعديل، قال الرسول صلى الله عليه وسلم: " نعم عبد الله خالد بن الوليد سيف من سيوف الله". رواه الترمذي وصححه الألباني
al-Adil ialah baik. Dalam istilahnya ialah seseorang yang tidak timbul padanya sesuatu perkara yang menjejaskan agamanya (perangainya dari sudut halal dan haram) dan juga maruahnya (kedudukannya pada pandangan masyarakat). Ta’dil pula ialah menyatakan tazkiah (kepujian) kepada seseorang perawi yang menunjukkan bahawa dia adalah adil dan riwayatnya (hadisnya) boleh diterima.
Adakah Boleh Menyebut Kejahatan Seseorang Perawi?
Menyebut kejahatan para perawi tidaklah berdosa dan tidak dianggap sebagai mengumpat, bahkan ia merupakan satu kewajipan syara’. Ini kerana tidak akan dikenali hadith yang sahih atau dhaif dan palsu melainkan dengan cara ini. Ketika Abdullah bin al-Mubarak mengajar, beliau menyebut seorang perawi yang bernama al-Ma’la bin Hilal, dan beliau berkata: “Dia ini seorang yang berdusta dalam hadith”. Lalu beberapa orang sufi berkata: “kenapakah kamu mengumpat”? lalu beliau berkata: “Diam. Kalau kami tidak jelaskan, maka bagaimana untuk mengenal yang haq dan yang batil”? Samalah juga dengan Imam Ahmad, beliau ditegur dalam perkara ini, lalu beliau berkata: “Ini bukanlah mengumpat, tetapi nasihat keikhlasan (yang wajib)”.

Abdul Rahman bin Mahdi menyatakan: “Aku pernah bertanya Syu’bah, Ibn Mubarak, as-Tsauri, Malik bin Anas tentang seorang lelaki yang dituduh berdusta, (adakah boleh disebarkan?), mereka semua menjawab: “Sebarkanlah, kerana itu adalah (sebahagian daripada) agama”.
Adakah Semua Perawi Yang Baik Perangainya Mesti Diterima Hadith Riwayatnya?
Bukan semua perawi yang meriwayatkan hadith itu diterima hadithnya. Begitu juga halnya, kita di zaman ini. Bukan semua hadith yang dibacakan oleh seseorang ustaz itu boleh diterima. Ini kerana, boleh jadi dia adalah seorang yang baik dan zuhud, namun dia bukanlah seorang yang teliti dalam menuqilkan hadith, sehingga tidak membezakan antara yang sahih dan dhaif, atau yang tsabit atau yang palsu.
1- قال يحيى بن سعيد القطان: ما رأيت الصالحين في شيء أكذب منهم في الحديث
 Yahya bin Said al-Qattan berkata: “Aku tidak melihat para solihin, dalam satu perkara, ada yang lebih dusta daripada mereka (berbanding mereka) dalam hadith”.

2- قال مسلم: يجري الكذب على لسانهم ولا يتعمدون الكذب. وقال: أئتمن الرجل على مائة ألف ولا أئتم
على الحديث
Imam Muslim (ketika mengulas pendapat Yahya bin Said al-Qattan tadi) berkata: “Pendustaan berlaku pada lidah mereka, sedangkan mereka tidak sengaja melakukannya”. Dan beliau juga pernah berkata: “Aku boleh percaya kepada seorang lelaki untuk seratus ribu (wang), namun aku tidak boleh mempercayainya dalam hadith”.
3- وقال أبو الزناد: أدركت بالمدينة مائة كلهم مأمون ما يؤخذ عنهم الحديث يقال ليس من أهله.
Abu al-Zanad berkata: “Aku sempat berjumpa di Madinah ini, seratus orang yang memang boleh dipercayai, namun tidak boleh dipelajari hadith daripada mereka. Ini kerana mereka bukanlah ahlinya.
4- وقال مالك: إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم. لقد أدركت سبعين عند هذه الأساطين وأشار إلى مسجد الرسول صلى الله عليه وسلم يقولون: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، فما أخذت عنهم شيئا. وإن أحدهم لو ائتمن على بيت مال لكان به أمينا إلا أنهم لم يكونوا من أهل هذا الشان، ويقدم علينا محمد بن مسلم بن عبيد الله بن عبد الله بن شهاب وهو شاب فنـزدحم على بابه.
Imam Malik berkata: “Sesungguhnya ilmu ini (hadith) merupakan agama. Maka, lihatlah dengan siapa kamu mengambil (asas) agama kamu. Seseungguhnya aku sempat berjumpa dengan 70 orang di Masjid Nabi ini, yang mana mereka menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda (mereka membacakan hadith), tapi aku tidak mempelajari sedikitpun daripada mereka. Sesungguhnya salah seorang daripada mereka itu, kalau diamanahkan untuk menjaga Baitulmal, memang dia seorang yang amanah, namun (tidak diambil hadith daripada mereka) kerana mereka bukanlah ahli dalam bidang ini (hadith). Dan bila tiba kepada kami Muhammad bin Syihab al-Zuhri, kami berlumba-lumba belajar dengannya, sekalipun dia hanyalah seorang yang muda”.
            Hadith adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Hadith dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana dalam hal ini, kedudukan hadith merupakan sumber hukum kedua setelah al-Qur'an.
            Dengan adanya kajian terhadap sanad-sanad hadith, maka akhirnya hadith-hadith Nabi SAW terbahagi kepada beberapa jenis dan bahagian, ini semua adalah kerana kajian yang dibuat terhadap sanad hadith. Begitulah pentingnya kepentingan kita mengetahui sanad hadith.
Hadith-hadith tersebut ialah seperti yang dihuraikan di bawah ini :
Hadith Mutawatir
Hadith Ahad
Hadith Sahih
Hadith Hasan
Hadith Dhaif
Hadith Marfu' atau Maushul
Hadith yang terputus sanadnya:-
Hadith Mu'allaq
Hadith Mursal
Hadith Mudallas
Hadith Munqathi
Hadith Mu'dhol

Hadith-hadith dha'if disebabkan oleh cacat perawi
Hadith Maudhu'
Hadith Matruk
Hadith Mungkar
Hadith Mu'allal
Hadith Mudhthorib
Hadith Maqlub
Hadith Munqalib
Hadith Mudraj
Hadith Syaz

Hadith Mutawatir
Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh sekelompok orang dari beberapa sanad yang tidak mungkin sepakat untuk berdusta. Berita itu mengenai hal-hal yang dapat dicapai oleh panca indera. Dan berita itu diterima dari sejumlah orang yang semacam itu juga. Berdasarkan itu, maka ada beberapa syarat yang harus dipenuhi agar suatu hadith bisa dikatakan sebagai hadith Mutawatir:
Isi hadith itu harus hal-hal yang dapat dicapai oleh panca indera.
Orang yang menceritakannya harus sejumlah orang yang menurut ada kebiasaan, tidak mungkin berdusta. Sifatnya Qath'ie. Pemberita-pemberita itu terdapat pada semua generasi yang sama. 
Hadith Ahad
Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh seorang atau lebih tetapi tidak mencapai tingkat mutawatir. Sifatnya atau tingkatannya adalah "dzanniy". Sebelumnya para ulama membagi hadith Ahad menjadi dua macam, yakni hadith Sahih dan hadith Dha'if. Namun Imam al-Tirmidzi kemudian membahagi hadith Ahad ini menjadi tiga macam, iaitu:
Hadith Sahih
Menurut Ibnu Sholah, hadith sahih ialah hadith yang bersambung sanadnya. Ia diriwayatkan oleh orang yang adil lagi dhabit (kuat ingatannya) hingga akhirnya tidak syadz (tidak bertentangan dengan hadith lain yang lebih sahih) dan tidak mu'allal (tidak cacat). Jadi hadith Sahih itu memenuhi beberapa syarat sebagai berikut :
Kandungan isinya tidak bertentangan dengan al-Quran.
Harus bersambung sanadnya
Diriwayatkan oleh orang / perawi yang adil.
Diriwayatkan oleh orang yang dhabit (kuat ingatannya)
Tidak syaz (tidak bertentangan dengan hadith lain yang lebih sahih)
Tidak cacat walaupun tersembunyi.
Hadith Hasan
Ialah hadith yang banyak sumbernya atau jalannya dan dikalangan perawinya tidak ada yang disangka dusta dan tidak syaz.
Hadith Dhaif
Ialah hadith yang tidak bersambung sanadnya dan diriwayatkan oleh orang yang tidak adil dan tidak dhabit, syaz dan cacat.
Menurut Macam Periwayatannya
Hadith yang bersambung sanadnya
Hadith ini adalah hadith yang bersambung sanadnya hingga Nabi Muhammad SAW. Hadith ini disebut hadith Marfu' atau Maushul.

HADITH–HADITH YANG TERPUTUS SANADNYA
Hadith Mu'allaq
Hadith ini disebut juga hadith yang tergantung, iaitu hadith yang permulaan sanadnya dibuang oleh seorang atau lebih hingga akhir sanadnya, yang berarti termasuk hadith dhaif.
Hadith Mursal
Disebut juga hadith yang dikirim iaitu hadith yang diriwayatkan oleh para tabi’en dari Nabi Muhammad SAW tanpa menyebutkan sahabat tempat menerima hadith itu.
Hadith Mudallas
Disebut juga hadith yang disembunyikan cacatnya. Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh sanad yang memberikan kesan seolah-olah tidak ada cacatnya, padahal sebenarnya ada, baik dalam sanad ataupun pada gurunya. Jadi hadith Mudallas ini ialah hadith yang ditutup-tutupi kelemahan sanadnya.
Hadith Munqathi’
Disebut juga hadith yang terputus iaitu hadith yang gugur atau hilang seorang atau dua orang perawi selain sahabat dan tabi'in.
Hadith Mu'dhol
Disebut juga hadith yang terputus sanadnya iaitu hadith yang diriwayatkan oleh para tabi'en dan tabi'en dari Nabi Muhammad SAW atau dari sahabat tanpa menyebutkan tabi'en yang menjadi sanadnya. Kesemuanya itu dinilai dari ciri hadith sahih tersebut di atas adalah termasuk hadith-hadith dhaif. 

HADITH-HADITH DHAIF DISEBABKAN OLEH CACAT PERAWI
Hadith Maudhu'
Yang bererti yang dilarang, iaitu hadith dalam sanadnya terdapat perawi yang berdusta atau dituduh dusta. Jadi hadith itu adalah hasil karangannya sendiri bahkan tidak pantas disebut hadith.
Hadith Matruk
Yang berarti hadith yang ditinggalkan, iaitu hadith yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi saja sedangkan perawi itu dituduh berdusta.
Hadith Mungkar
Iaitu hadith yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi yang lemah yang bertentangan dengan hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang terpercaya / jujur.
Hadith Mu'allal
Ertinya hadith yang dinilai sakit atau cacat iaitu hadith yang didalamnya terdapat cacat yang tersembunyi. Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani bahwa hadith Mu'allal ialah hadith yang nampaknya baik tetapi setelah diselidiki ternyata ada cacatnya. Hadith ini biasa disebut juga dengan hadith Ma'lul (yang dicacati) atau disebut juga hadith Mu'tal (hadith sakit atau cacat).

Hadith Mudhthorib
Ertinya hadith yang kacau iaitu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi dari beberapa sanad dengan matan (isi) kacau atau tidak sama dan kontradiksi dengan yang dikompromikan.
Hadith Maqlub
Ertinya hadith yang terbalik iaitu hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang dalamnya tertukar dengan mendahulukan yang belakang atau sebaliknya baik berupa sanad (salasilah) maupun matan (isi).
Hadith Munqalib
Iaitu hadith yang terbalik sebagian lafaznya hingga pengertiannya berubah.
Hadith Mudraj
Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang didalamnya terdapat tambahan yang bukan hadith, baik keterangan tambahan dari perawi sendiri atau lainnya.
Hadith Syaz
Hadith yang jarang iaitu hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang tsiqah (terpercaya) yang bertentangan dengan hadith lain yang diriwayatkan dari perawi-perawi (periwayat / pembawa) yang lebih tsiqah. 

SANAD
Sanad berarti sandaran iaitu jalan matan dari Nabi Muhammad SAW sampai kepada orang yang mengeluarkan (mukhrij) hadith itu atau mudawwin (orang yang menghimpun atau membukukan) hadith. Sanad biasa disebut juga dengan Isnad berarti penyandaran. Pada dasarnya orang atau ulama yang menjadi sanad hadith itu adalah perawi juga.
1. Sanad yang terputus (منقطع السند) adalah yang tidak bersambung sanadnya, dan telah disebutkan bahwa di antara syarat hadith sahih yang berjumlah lima, salah satunya adalah bersambung sanadnya.
2. Sanad yang terputus terbagi menjadi empat:  mursal, mu’alaq, mu’dhol, dan munqothi’.
Mursal (المرسل)
Mursal adalah hadith yang dinisbatkan kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam oleh sahabat atau tabi’in yang tidak mendengar langsung dari Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam.
Mu’alaq (المعلق)
Mu’allaq adalah hadith yang dihilangkan awal atau terkadang yang dimaksudkan adalah yang dibuang semua sanadnya, seperti perkataan Imam Bukhori, “Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam mengingat Allah di setiap keadaannya. Adapun hadith yang dinukil penulis kitab, misalnya Umdah al-Ahkam yang dinisbatkan pada aslinya, maka tidak dinilai sebagai hadith mu’allaq kerana orang yang menukil tidak menyandarkan hadith tersebut pada dirinya. Akan tetapi dinisbatkan, misal “Diriwayatkan oleh Abu Daud”.
Mu’dhol (المعضل)
Mu’dhol adalah hadith yang dibuang di tengah-tengah sanadnya, dua rawi secara berturut-turut.
Munqothi’(المنقطع)
Munqothi’ adalah hadith yang dibuang dari tengah sanadnya satu, dua atau lebih dan tidak berturut-turut. Terkadang maksudnya adalah hadith yang tidak bersambung sanadnya, maka termasuk di dalamnya hadith yang empat tadi, mursal, mu’allaq, mu’dhol dan munqothi’ itu sendiri.
Misalnya hadith yang diriwayatkan Imam Bukhari, ia berkata, “Menceritakan pada kami Abdullah ibn al-Zubair al-Humaidi, ia berkata, telah menceritakan pada kami Sufyan, ia berkata, telah menceritakan pada kami Yahya ibn Sa’id al-Ansari, ia berkata,telah mengkhabarkanku Muhammad ibn Ibrahim al-Taimi, bahwasannya ia mendengar dari Alqamah ibn Abi Waqas al- Laitsi mengatakan, aku mendengar ‘Umar al-Khattab rodhiallahu ‘anhu di atas mimbar berkata, “Aku mendengar Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya amal itu tergantung niatnya ‘hingga akhir hadith.
Maka jika dibuang dari sanad tersebut, ‘Umar al-Khattab rodhiallahu ‘anhu, dinamakan hadith mursal. Jika yang dibuang al-Humaidi dinamakan hadith mu’allaq.-Jika yang dibuang Sufyan dan Yahya dinamakan hadith mu’dhol. Jika yang dibuang Sufyan saja atau bersama al-Taimi  dinamakan hadith munqothi’.
3.         Seluruh hadith munqothi’ ditolak kerana ketidaktahuan keadaan rawi yang dibuang. Namun berikut ini adalah munqothi’ yang dikecualikan dari penolakan tersebut iaitu :
Mursal sahabat
Mursal sahabat maqbul yakni diterima. Ini adalah kerana al-Sahabah semuanya Adil.
Mursal kibar tabi’in.
Menurut sebagian besar ahlu ‘ilmi adalah sahih jika dikuatkan oleh mursal yang lain atau diamalkan para sahabat atau dengan qiyas.
Mu’alaq
Jika dengan bentuk kata yang tegas dalam kitab yang komitmen dengan hadith-hadith sahih, seperti Sahih Bukhari.
Hadith yang diriwayatkan dengan sanad yang bersambung dari jalan yang lain yang memenuhi semua persyaratan untuk diterimanya hadith.
MUDALLIS
Penjelasannya
Pembagiannya
Tingkatan mudallis
Hukum perawi yang mudallis
1. Tadlis (التدليس) adalah membawakan hadith dengan satu sanad sehingga dipahami bahwa sanad tersebut lebih tinggi daripada kualiti senyatanya.
2. Tadlis terbagi menjadi dua: tadlis isnad dan tadlis guru.
Tadlis Isnad (تدليس الإسناد)
Tadlis isnad adalah seorang rawi meriwayatkan dari orang yang dijumpainya, hadith yang tidak dia dengar atau tidak dia lihat perbuatannya dengan kata-kata yang bisa dipahami bahwa orang tersebut mendengar atau melihatnya secara langsung. Contohnya: “Ia berkata” (قال), “ia melakukan” (فعل), “dari fulan” (عن فلان), “fulan berkata” ((قال فلان,”fulan melakukan” (فلانفعل) dan yang semisal itu.
Tadlis Guru (تدليس الشيوخ)
Tadlis guru adalah seorang rawi menamakan gurunya, atau mensifatinya dengan nama atau sifat yang tidak terkenal sehingga gurunya tidak dikenal. Hal ini disebabkan mungkin karena gurunya lebih muda darinya, dan ia tidak suka jika diketahui meriwayatkan dari yang lebih muda, atau agar orang mengira gurunya banyak, atau maksud-maksud lainnya.
3.         Rawi mudallis ada banyak; ada yang dhaif dan ada yang tsiqah seperti Hasan al-Basri, Humaid al-Tuwaili, Sulaiman ibn Mahron al-‘Amasy, Muhammad ibn Ishaq dan Walid ibn Muslim. al Hafiz Ibnu Hajar mengklasifikasikan rawi mudallis menjadi lima tingkatan:-
Rawi yang tidak selalu melakukan tadlis kecuali dari rawi mudallis. Seperti Yahya ibn Sa’id.
Rawi yang para imam masih berlapang dada terhadap tadlisnya (masih dimaafkan). Oleh kerana itulah para ulama masih memakai riwayatnya dalam kitab sahih karena dia adalah seorang Imam dan sedikitnya tadlis yang dia lakukan jika dibandingkan dengan riwayat yang dia sampaikan, semacam tadlisnya Imam Sufyan al-Tsauri. Atau kerana rawi tersebut tidak melakukan tadlis kecuali dari seorang rawi yang tsiqah, seperti Sufyan ibn ‘Uyainah.
Rawi yang sering melakukan tadlis tanpa membatasi diri dengan rawi-rawi yang tsiqah. Sehingga yang tidak disebutkan boleh jadi rawi tsiqah ataupun rawi yang dhaif.  Semacam Abu Zubair al-Makki.
Rawi yang mayoritas tadlisnya adalah rawi yang dhaif dan tidak dikenal. Seperti Baqiyah ibn al-Walid.
Orang yang disamping melakukan tadlis, memiliki kelemahan kerana faktor lain. Misal,  ‘Abdulah ibn Luhai’ah.
4.         Hadith mudallis tidak diterima kecuali mudallisnya adalah orang yang tsiqoh (terpercaya), dan dia menegaskan bahwa ia mengambilnya secara langsung dari gurunya dengan perkataan “aku mendengar fulan berkata” (سمعت فلان), “aku melihat ia melakukan” (رأيته يفعل), “telah menceritakan padaku” (حدثني) dan yang semacam itu. Akan tetapi riwayat yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dengan bentuk tadlis dari rawi tsiqah yang mudallis, maka haditnnya diterima kerana umat Islam menerima semua riwayat dari kedua Imam tersebut dengan tanpa perincian

HADITH MUDHTHORIB
Penjelasannya
Hukumnya
1. Mudhthorib (المضطرب) adalah hadith yang para rawinya berselisih dalam sanad atau matannya yang tidak mungkin dikompromikan.
Contohnya, hadith yang diriwayatkan dari Abu Bakar rodhiallahu’anhu bahwasannya ia berkata pada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam,  “Aku melihat engkau beruban”. Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku beruban kerana memikirkan yang Allah turunkan dalam surah Hud dan surah-surah sejenisnya.”
Hadith ini diperselisihkan dalam 10 masalah. Hadith ini ada yang diriwayatkan secara maushul dan mursal. Ada yang mengatakan dari Abu Bakar, ada yang dari ‘Aisyah atau Sa’ad dengan perselisihan yang tidak mungkin dikompromikan atau ditarjihkan (dipilih yang lebih kuat).
Jika mungkin dihimpunkan; Maka wajib dihimpunkankan dan hilanglah status idhthirob. Contohnya: Perbezaan riwayat tentang jenis ihrom Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam pada haji wada’. Sebahagian mengatakan Nabi haji ifrod saja, ada yang mengatakan haji tammatu ada juga yang mengatakan bahwa Nabi melakukan haji qiron.
Ibnu Taimiyah berkata, “Tidak ada kontradiksi dalam hal tersebut. Nabi melakukan tamatu’ tamatu’ qiron. Qiron bisa juga disebut tamatu’. Tamatu’ ada dua macam, iaitu tamatu’ dengan makna tamatu’ dan tamatu’ dengan makna qiron. Tamatu’ Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam adalah tamatu’ qiron. Dan nabi menyendirikan perbuatan manasik haji dan menggandingkan antara dua ibadah iaitu umrah dan haji. Maka haji itu adalah haji qiron dengan menyatukan manasik. Jadi, disebut haji ifrod dengan pertimbangan bahwa Nabi mencukupkan dengan satu tawaf dan sa’i, dan disebut mutamatu’ dengan pertimbangan kesenangan yang beliau dapatkan dengan meninggalkan salah satu dari dua safar.”
Jika mungkin dirajihkan; Wajib mengamalkan yang dan hilanglah status idhthirob.
Contohnya: Perselisihan pada riwayat hadith Barirah rodhiallahu ‘anha ketika dia dimerdekakan dari status hamba. Nabi SAW memberinya pilihan antara tetap bersama suaminya atau berpisah dari suaminya.
Perselisihannya: Apakah suaminya adalah orang yang merdeka atau hamba? Diriwayatkan dari al-Aswad dari ‘Aisyah rodhiallahu’anha bahwasannya suaminya adalah seorang yang merdeka. Tapi riwayat dari ‘Urwah ibn Zubair dan Qasim ibn Muhammad ibn Abu Bakar bahwasannya suaminya adalah seorang hamba.
Yang dinilai rajih dari kedua riwayat tersebut riwayat ‘Urwah ibn Zubair dan Qosim ibn Muhammad ibn Abu Bakar dikeranakan hubungan kekeluargaan keduanya dengan ‘Aisyah. ‘Aisyah adalah ibu saudara kepada ‘Urwah (sebelah ibu) dan Qosim (sebelah bapa). Sedangkan al-Aswad tidak punya hubungan dengan ‘Aisyah ditambah ada keterputusan di dalam riwayatnya.
2.         Hukum hadith mudhtorib adalah dhaif dan tidak dapat dijadikan hujjah. Kerana idhthirobnya menunjukkan adanya rawi yang tidak kuat hafalannya. Akan tetapi jika idhthirob tersebut tidak berkaitan dengan pokok hadith, maka tidak mengapa.
Contohnya : Perselisihan perawi dalam hadith dari Fadholah ibn ‘Ubaid rodhiallahu’anhu, bahwasannnya ia membeli kalung pada perang Haibar sebanyak 12 dinar.Pada kalung tersebut terdapat emas dan manik-manik. Ia berkata, “Maka aku memisahkannya dan aku mendapatkannya nilainya lebih dari 12 dinar. Lalu aku menceritakan kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, beliau pun bersabda, “Kalung tersebut tidak boleh dijual sampai dipisah.”
Maka pada riwayat yang lain,  Fadholahlah yang membeli kalung tersebut. Riwayat lainnya, ada orang lain selain Fadholah yang bertanya tentang hukum membeli kalung tersebut.
Dalam riwayat lain: Bahwasannya itu emas dan manik-manik. Pada riwayat yang lain: Emas dan permata. Riwayat yang lain: Manik-manik yang digantungi emas. Riwayat yang lain: dengan nilai 11 dinar. Riwayat yang lain: dengan nilai 9 dinar. Riwayat yang lain: dengan nilai 7 dinar.
Ibnu Hajar berkata, “Perselisihan ini tidaklah menyebabkan kelemahan hadith, karena maksud pokok dari berdalil dengan hadith tersebut tetap terjaga dan tidak ada perselisihan di dalamnya, iaitu pelarangan jual beli sesuatu yang belum terpisah. Adapun jenisnya atau kadar, ukuran harganya maka dalam hal ini tidak memiliki hubungan dengan menjadi idththirob atau tidak.”
Demikian pula bukan penyebab idhthirob, perbezaan tentang nama perawi, gelarannya atau yang semacam itu, padahal yang dimaksudkan adalah sama sebagaimana didapatkan pada banyak hadith-hadith yang sahih.

PEMBUKUAN KITAB-KITAB SANAD DAN THABAT BAGI KITAB-KITAB TURATH ISLAMI

Imam al-Hafiz Ibn Hajar: merupakan antara ulama' yang paling berperanan dalam menghimpunkan sanad-sanad bagi kitab-kitab Turath islami dalam rangka untuk menghidupkan semula budaya sanad dalam tradisi ilmu Islam.
            Antara kitab-kitab yang menghimpunkan sanad-sanad Turath Islami adalah:
al-Wajiz fi Zikr al-Mujaz wa al-Mujiz oleh Sheikh Abi Thohir al-Salafi
al-Majma' al-Mu'assas oleh Imam Ibn Hajar
al-Mu'jam al-Fahras  juga oleh Imam Ibn Haja
Mu'jam al-Syilli oleh al-Sayyid Muhammad al-Syili
'Uqud al-Lali fi al-Asanid al-'Awali oleh Sheikh Umar ibn Abidin
al-Minah al-Badiyyah fi al-Asanid al-'Aliyah oleh al-Musnid Ibu Mahdi Isa nin Muhammad al-Tha'alabi (m: 1080 H)
Muntakhob al-Asanid oleh al-Musnid Ibu Mahdi Isa nin Muhammad al-Tha'alabi
Kanzul Riwayah oleh al-Musnid Ibu Mahdi Isa nin Muhammad al-Tha'alabi
al-Imdad bi Ma'rifati 'Uluwi al-Isnad oleh Imam Abdullah bin Salim al-Bashri (m: 1134 H)
al-Umam li Iqazh al-Himam oleh Sheikh Abu Thohir Ibrahim bin Hasan al-Kurani (m: 1101 H)
Sillatu al-Kholaf bi Mausul al-Salaf oleh al-Muhaddith Sheikh Muhammad bin Sulaiman al-Rudani (1094 H)
Kifayah al-Muttholie' oleh Sheikh Hasani bin Ali al-'Ujaimi al-Makki
al-Muqtathif min Ittihaf al-Akabir bi Asanid al-Mufti Abdil Qadir oleh Muhammad Hasyim al-Sindi (m:1174 H)
'Uqud al-Aal fi Asanid al-Rijal oleh al-Habib al-Musnid 'Aidarus bin Umar al-Habsyi
al-Nafas al-Yamani oleh Sheikh al-Habib Abdul Rahman bin Sulaiman al-Ahdal (m:1250 H)
Minhah al-Fattah al-Fathir fi Asanid al-Saadah al-Akabir oleh al-Habib 'Aidarus bin Umar al-Habsyi.
Thabat al-Habib al-Sirri oleh al-Habib al-Musnid Muhammad bin Salim al-Sirri
Awa'il al-Watri wa musalsalatihi oleh Sheikh Ali bin Zhohir al-Watri al-Madani (m: 1322 H)
Khulasoh al-Syafiyah fi al-Asanid al-'Aliyyah oleh al-Habib 'Alawi bin Thohir al-Haddad (m:1382 H), bekas Mufti Negeri Johor
al-Aqd al-Farid fi Ma'rifah Ulu al-Asanid oleh Sheikh Sayyid Ahmad bin Sulaiman al-Arwadi
al-Irsyad ila Muhimmat 'Ilm al-Isnad oleh Sheikh Waliyullah al-Dahlawi
Ittihaf al-Akabir bi Isnad al-Dafatir oleh Imam al-Syaukani
al-Jawahir al-Ghowali fi Bayan al-Asanid al-'Awali oleh Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Budairi al-Husaini al-Syami
Fihras al-Faharis oleh Sheikh Muhammad Abdul Hayy al-Kattani
Ittihaf al-Ikhwan bi Asanid Saidina wa Maulana Fadhl al-Rahman oleh Sheikh Ahmad bin Uthman
al-Manhal al-Rawi al-Ra'if fi Asanid al-'Ulum wa Usul al-Thoro'if oleh Imam Muhammad Ali al-Sanusi (m: 1276 H)
Qathf al-Samar fi Raf'ie Asanid al-Musannafat fi al-funun wa Al-Athar oleh Imam al-Fullani (1218 H)
Sadd al-Arab min 'Ulum al-Isnad wa al-Adab oleh Sheikh Muhammad al-Amir al-Kabir al-Misri (1232 H)
al-Durar al-Saniyyah li ma 'Ala Min al-Asanid al-Syanwaniyyah oleh Sheikh Muhammad bin Ali al-Syanwani (m: 1233 H)
al-Jamie al-Hawi fi Marwiyaat al-Syarqowi oleh Sheikh Abdullah Bin Hijazi al-Syarqawi (1227 H)
Ajla Masanid 'Ula Ar-Rahman 'ala Asanid Ali bin Sulaiman oleh al-Baj'ma'awi
al-Durr al-Farid al-Jami'e li Mutafarriqat al-Asanid oleh Imam Abdul Wasie' Al-Wasi'ie
Minah al-Minnah fi Silsilah Ba'dhi Kutubi al-Sunnah oleh Sheikh Muhammad Abdul Hayy al-Kattani
al-Yanie' al-Janiy fi Asanid Sheikh Abdul Ghani oleh muridnya Sheikh Muhammad Yahya.
Nashr al-Ghowali min al-Asanid al-'Awali oleh Sheikh Muhammad Abdil Baqi al-Anshori
al-Wajiazah fi al-Ijazah li Syam al-Haq Abadi oleh Faisal Abad
al-Irsyad bi zikr ba'dhi ma lai min al-Ijazah wa al-Isnad oleh Sheikh Hassan al-Masyath (1306 H)
al-Is'ad bil Isnad oleh Sheikh Muhammad Abdul Baqi al-Anshori (m:1364 H)
Kifayah al-Mustafid li ma 'Ala min al-Asanid oleh Sheikh Mahfuz al-Turmasi
al-Asanid al-Makkiyah li Kutub al-Hadith wa Siyar wa al-Syama'il al-Muhammadiyah oleh Sheikh Yasiin al-Fadani
Ittihaf al-Mustafid bi Gharrar al-Asanid oleh Sheikh Muhammad Yasiin al-Fadani
Ittihaf al-Ikhwan (thabat Sheikh Umar Hamdan) oleh Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani
al-Qaul al-Jamil bi Ijazah Samahah al-Sayyid Ibrahim bin Umar Ba' Aqil oleh Sheikh al-Fadani
al-Tholie As-Sa'id oleh Sheikh al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki
al-'Aqd al-Farid oleh Sheikh al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
Fath al-Aziz fi Asanid al-Sayyid Abdul Aziz oleh Sheikh Mahmud Sa'id Mamduh

KESIMPULAN

Mengkaji kesahihan sanad hadith merupakan satu perkara yang sangat penting. Dan perkara ini telah dilakukan dengan begitu teliti oleh para ulama hadith. Bagi kita pula, kita mestilah mencari hukum sesuatu hadith, samada sahih atau tidak, kerana ia merupakan kesimpulan daripada kajian para ulama tentang sanad hadith. Jangan kita mengambil hadith daripada bukan sumber yang sahih dan juga bukan daripada ahlinya. Semoga kita juga termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan doa Nabi s.a.w. kerana mempelajari hadith.